[VIDEO] Amira Othman Puji Fattah Amin, Anggap Seorang Jejaka Sangat ‘Sweet’

[VIDEO] Amira Othman Puji Fattah Amin, Anggap Seorang Jejaka Sangat ‘Sweet’

Penyanyi Amira Othman sekali lagi menjadi perhatian warganet selepas secara terbuka memuat naik video aktor Fattah Amin menggunakan lagu Jatuh Cinta Lagi nyanyian Nadhif Basalamah.

Susulan itu, tular pula sebuah video suntingan peminat di platform TikTok yang memaparkan interaksi mesra antara mereka berdua dimana masing-masing menyifatkan satu sama lain sebagai seorang yang ‘sweet’.

Video berkenaan turut menampilkan pelakon dan pelawak, Bella Ngasri yang sempat bertanya kepada Amira sama ada Fattah merupakan seorang lelaki yang pandai berkata-kata manis (sweet talker).

Namun, pelantun lagu Dalam Sujudmu itu menolak tanggapan tersebut, sebaliknya menjelaskan personaliti Fattah sememangnya manis secara semula jadi.

“Tak, dia bukan sweet talker. Tapi dia memang sweet,” jawabnya.

Mendengar pujian itu, Fattah yang duduk bersebelahan kelihatan teruja dan menepuk tangan sambil tersenyum lebar.

Dalam video sama, peminat turut menyunting video Fattah memuji Amira juga seorang yang manis.

“Kak Long (Amira) sweet kan? Memang sweet dia, sama macam Abang Long,” ujar Fattah, sambil mengusik.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat keakraban mereka serta menyifatkan Fattah dan Amira ‘pasangan’ serasi.

Terdahulu, hubungan akrab antara Amira dan Fattah sering menjadi bualan hangat bukan sahaja dalam kalangan peminat, malah turut menarik perhatian rakan-rakan selebriti.

Walaupun kedua-duanya belum pernah mengesahkan status sebenar hubungan mereka, ramai mendakwa mereka kini sedang dilamun cinta.

Malah, timbul juga spekulasi mengatakan satu tarikh istimewa sedang menanti mereka dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, ketika ditemui media semasa pelancaran single terbaharunya berjudul Dalam Sujudmu, Amira menafikan khabar angin mengenai tarikh istimewa itu.

 

Scroll to Top