[VIDEO] Bertemu Sehari Sebelum Ramadan, Nelissa Nizam Syukur Kemelut Dengan Ibu Berakhir 

[VIDEO] Bertemu Sehari Sebelum Ramadan, Nelissa Nizam Syukur Kemelut Dengan Ibu Berakhir 

Pelakon dan penyanyi, Nelissa Nizam, meluahkan rasa syukur apabila perselisihan faham antara dirinya dan ibunya, Ayu Manaf, akhirnya menemui titik penyelesaian.

Ketika ditemui oleh XTRA, Nelissa, atau nama penuhnya Nelissa Edreena Nizam, 27, menjelaskan bahawa hubungannya dengan ibunya kini kembali baik selepas mereka bertemu sehari sebelum Ramadan.

“Dua hari lepas, saya baru sahaja berjumpa dengan mak. Alhamdulillah, semuanya sudah okay. Perkara seperti ini lebih baik dibincangkan dalam keluarga sahaja tanpa perlu dihebahkan. Syukur, semuanya berjalan lancar,” katanya.

Ketika ditanya sama ada kontroversi yang melanda memberi kesan dalam kehidupannya, Nelissa menganggap isu tersebut sebagai satu ujian.

“Saya rasa semua yang berlaku bukan dalam kawalan kita. Apa sahaja yang datang, saya terima sebagai ujian buat diri saya.

“Kalau perkara ini melibatkan kawan, mungkin saya malas nak ambil peduli. Tetapi kerana ia membabitkan ibu saya sendiri, saya anggap ia sebagai ujian yang perlu saya hadapi.

“Apa pun, semuanya sudah selesai, hubungan dengan ibu dan keluarga juga baik-baik sahaja. Jadi, saya harap perkara ini tidak diungkit lagi selepas ini,” katanya.

Nelissa berkata demikian ketika ditemui di acara Fiziwoo’s Raya Collection – Iftar Soiree yang berlangsung di Bukit Setiawangsa, Kuala Lumpur, pada Selasa malam.

Terdahulu, ibu kepada pelakon itu, Ayu Manaf, menafikan dakwaan Nelissa mengenai kisah silamnya yang mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan rumah tangga semasa remaja.

Selain itu, Ayu turut mendedahkan bahawa hubungannya dengan anak-anaknya agak renggang, terutamanya ketika dia terlantar sakit di hospital dan tiada seorang pun yang datang menjenguknya.

Artikel Berkaitan: Sangkal Dakwaan Nelissa Nizam Jadi Mangsa Dera, Ibu Tampil Dedah Perkara Sebenar – “Apa Salah Mama Sampai Perlu Mengemis Kasih Sayang Anak-Anak?”

Scroll to Top