Pelakon Syazwan Zulkifly menyuarakan pandangannya mengenai generasi muda masa kini yang menurutnya lebih manja dan lemah, sehingga cenderung mendiagnosis sendiri diri mereka dengan masalah anxiety.
Menerusi sebuah episod podcast Cerita Malam Jumaat yang tular di platform TikTok, Syazwan membandingkan remaja masa kini dengan generasi terdahulu.
“Kalau aku cakap macam ni, mungkin mereka yang ada anxiety akan marah. Tapi zaman dulu, generasi sebelum kita, balik sekolah lambat kena ikat dekat pokok, ada kerengga, ada ke mereka kena bipolar atau anxiety?
“Aku rasa pengalaman macam tu yang buat mereka jadi kuat sampai sekarang,” katanya.
Tambahnya lagi, sikap sesetengah pihak yang mengambil ringan isu kesihatan mental boleh menjejaskan kepercayaan terhadap mereka yang benar-benar mengalami gangguan anxiety.
“Sejujurnya, saya percaya budak-budak zaman sekarang memang lebih lembik berbanding zaman kita. Manja. Sikit-sikit cakap ‘aku anxiety’.
“Anxiety ni bukan satu je, ada banyak jenis. Kadang-kadang, orang yang sebenarnya tak ada pun mula rasa macam ‘aku ni anxiety jugak’, sampai kita dah tak percaya pada mereka yang betul-betul mengalaminya,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pandangan jujur pelakon filem Blood Brothers itu, malah ada yang berkongsi pengalaman dan pandangan peribadi mereka berkaitan isu yang dibangkitkan.
@ceritamalamjumaat Budak Zaman Sekarang Lebih Lembik Dari Budak Zaman Dulu @Syazwanzulkifly Saksikan podcast penuh di Youtube Channel Cerita Malam Jumaat Episod 24 Episod 3 #ceritamalamjumaat #bukanceritabiasa #setiaporangadakisahnya #xoxo #podcast #malamjumaat #apacerita #ceritaapa #rajalawak #maharajalawakmega #bloodbrothers #jaki #zaki #kepeng #syazwanzulkifly
♬ original sound – Cerita Malam Jumaat – Cerita Malam Jumaat
Sumber: Pocdcast Cerita Malam Jumaat



