Penyanyi rap dan pempengaruh, Caprice tidak teragak-agak berkongsi beberapa hantaran di media sosial miliknya berhubung kes gangguan seksual melibatkan seorang pempengaruh.
Menerusi perkongsian tersebut, Caprice turut mendedahkan beberapa bukti perbualan antara pempengaruh tersebut dengan seorang gadis remaja berusia 14 tahun.
Mengikut keterangan tangkap layar berupa pesanan langsung yang dihantar, pempengaruh dan remaja berkenaan telah memulakan perbualan pada 14 November 2024 selepas Isha menyatakan hasratnya untuk melakukan kandungan video TikTok bersama.
Bagaimanapun, seakan impian menjadi kenyataan, pempengaruh berkenaan sempat membalas pesanan tersebut dan meminta nombor telefon Isha.
Namun, perbualan yang berakhir menerusi pesanan WhatsApp itu bertukar menjadi perbualan yang disifatkan sebagai ‘jijik’ apabila pempengaruh itu mula menghantar foto tidak senonoh pada remaja tersebut.


Manakala, Caprice atau nama penuhnya, Ariz Ramli menerusi hantaran di ruangan Instagram Stroy turut berkongsi mesej yang dihantaran pempengaruh tersebut kepada ibu mangsa.
Katanya, foto lucah seperti yang tular itu sepatutnya dihantar kepada teman wanitanya dan bukan kepada remaja terbabit.
Sekaligus, pempengaruh merayu agar perkara tersebut tidak diaporkan kepada pihak polis memandangkan insiden berkenaan adalah khilafnya.






