Penyanyi, Luqman Hafiz meluahkan rasa kesal apabila dirinya dianggap menjurus kepada hubungan sejenis sejak pertama kali bergelar anak seni.
Menerusi status dimuat naik di aplikasi X, Luqman atau nama sebenarnya Luqman Abdul Halim Faiz, 24, akhirnya tampil bersuara mengenai isu tersebut.
“Aku dah kena kacau dari first day aku masuk industri. Tak pernah bukak mulut.
“Tapi sebab ada yang share video aku dan jadikan sebagai content g*y, aku pergi kelas, pergi mana-mana orang persoalkan sexuality aku. Tak ke kau rasa bodoh tu?,” katanya.
Pelantun lagu Kepuraanmu ini menganggap tuduhan tersebut sebagai satu fitnah yang tidak masuk akal.
“Aku berkawan dengan semua jenis manusia dan tak pernah condemn apa preference orang pun. Tapi sampai libatkan aku, macam aku ni part of your community adalah satu fitnah atas diri aku.
“Aku jalan sana sini orang tanya aku dah straight ke apa. Muka nak letak mana? Itu kalau yang tanya, kalau yang tak tanya tu, tak ke nampak aku dah lain,” luahnya.
@luqmnnfaiz Tolong lah lalu kat setiap #fyp individu komuniti belah sana




