Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah, berkongsi pandangannya mengenai makna di sebalik pepatah pelangi selepas hujan, yang sering dikaitkan dengan harapan selepas melalui dugaan.
Dalam temu bual bersama Kool 101, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 31, meluahkan rasa syukur kerana memiliki keluarga yang sentiasa berada di sisinya dalam setiap ujian hidup.
“Makna pelangi selepas hujan pada saya ketika di titik rendah itu macam kita rasa down, kenapa rasa sakit sangat macam ni. Tapi Alhamdulillah, saya bersyukur masih ada keluarga yang sangat-sangat memberi sokongan.
“Mereka buat saya rasa tak boleh berterusan patah semangat sebab saya percaya apa sahaja ujian yang berat itu Allah pasti sediakan perkara paling cantik.
“Jadi apa sahaja yang saya lalui sekarang ini saya bersyukur dan jalani sahaja tetapi yang selebihnya itu saya serahkan kepada Allah SWT,” katanya.
Dalam temu bual yang sama, Bella turut menitipkan penghargaan buat Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, yang menjadi dalang utama di sebalik kejutan ulang tahunnya baru-baru ini.
“Terima kasih kepada Ironman, Syed Saddiq sebab awak mengambil masa untuk menyiapkan segala kejutan itu. Walaupun dalam pada masa sama saya nampak sangat sibuk, saya sangat tak sangka sebab itu saya rasa sangat-sangat dihargai, terima kasih banyak-banyak,” katanya.
Namun, momen paling mencuri tumpuan adalah ketika penyampai radio dan pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi, secara spontan mengusik Bella tentang panggilannya terhadap Syed Saddiq.
“Bila awak mula panggil dia abang?,”soal Aznil dengan nada nakal.
“Hey… Paknil (panggilan Aznil) ni nakal lah,” katanya berseloroh namun suaranya kedengaran seakan tersipu malu.
Sebelum ini, anak sulung Bella, Ayden Adrean, turut mencuri perhatian apabila secara terbuka mengakui bahawa dia ‘approved’ hubungan ibunya dengan Syed Saddiq.
Perkara itu terus menjadi bualan di kalangan peminat yang teruja melihat perkembangan hubungan mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Anak Sulung Bella Astillah ‘Approved’ Hubungan Dengan Syed Saddiq, Netizen Luah Rasa Teruja
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Berbuka Puasa & Sambut Hari Lahir Bersama, Kelibat Bella Astillah Bersama Keluarga Syed Saddiq Bikin Netizen ‘Cair’
Artikel Berkaitan: Hubungan Makin Serius? Syed Saddiq Akui Sedang Mengenali Bella Astillah Lebih Dekat – “Kami Belajar Banyak Perkara Baru Tentang Satu Sama Lain”




