[VIDEO] “Doa Ibu Bapa ‘Selamatkan’ Saya Daripada Terus Terlajak Langkah” – Amira Othman 

[VIDEO] “Doa Ibu Bapa ‘Selamatkan’ Saya Daripada Terus Terlajak Langkah” – Amira Othman 

Penyanyi, Amira Othman mengakui perjalanan kerjaya seninya tidak mudah seperti yang digambarkan.

Menerusi sebuah video temu bual program, Amira atau nama lengkap Nadia Amira Othman, 32, bagaimanapun meluahkan rasa syukur doa ibu bapanya tidak henti mengiringi kehidupannya.

“Perjalanan menjadi seorang anak seni tu memang tak senang. Macam-macam pancaroba yang terpaksa dilalui.

“Tapi saya memang yakin, doa mak ayah saya adalah mungkin menyelamatkan saya kalau saya terfikir nak ‘terlajak’ (langkah) sedikit.

“Kalau saya sibuk kadang kala terfikir ‘tak apa ke tak banyak masa dengan mak ayah’, tapi mereka sangat memahami ini sumber rezeki saya,” katanya.

Mengulas lebih itu, pelantun lagu Bila Nak Kahwin ini turut sempat menitipkan pesanan kepada penonton untuk terus membuat baik dan berbakti kepada ibu bapa kerana nescaya segala kesulitan akan dipermudah oleh Yang Maha Esa.

“Berbuat baiklah kepada ibu bapa sebab kita tak tahu bila kali terakhirnya dan di setiap kebaikan itu pelbagai perkara Allah tolong.

“Benda yang kadang kala rasa sangat rumit atau tak jumpa jalan keluar, tapi kerana ihsan kita kepada mak ayah, Allah akan hantar macam-macam cara,” ujarnya.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa sebak selain turut memuji Amira seorang anak yang sangat baik terutamanya dalam mengutamakan ibu bapa, serta dipuji lemah lembut ketika berbicara.

@imani.imriyaz

Kakak pun sama nangis. Bila bcerita pasal mak ayah nie mmg akan auto sedey ssgt lgi2 duduk jauh dr mereka #amiraothman

♬ original sound – IMANI.IMTIYAZ – IMANI.IMTIYAZ

Scroll to Top