Kisah asmara antara pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq semakin menjadi topik perbualan hangat dalam kalangan masyarakat.
Bahkan, hubungan mesra pasangan itu menerima respons positif daripada peminat sehinggakan ada di antara mereka yang tidak putus-putus mendoakan agar keduanya berjodoh.
Terbaharu, menerusi perkongsian video pendek yang tular di TikTok, ibu kepada Ahli Parlimen Muar ini berkongsi karakter empat orang anaknya iaitu, Sharifah Amani, Syed Salleh, Syed Abdullah dan Syed Saddiq.

Katanya, setiap daripada mereka masing-masing mempunyai tugas sekiranya ibunya itu pulang dari membeli keperluan rumah.
“Masing-masing empat orang ni ada tugas. Tapi Mama tak akan bawa anak perempuan yang sulung sebab saya tahu bila balik dia akan urus simpan barang dapur dan bila bawa yang nombor dua (Salleh) ni sayang… alhamdulillah, dia ni bagus, sebab dia akan bawa troli ke mana sahaja saya pergi.
“Bila barang dah penuh, dia akan simpan dalam kereta dan datang semula. A to Z memang saya akan rileks.
“Nombor tiga (Abdullah) bila pergi pasar dengn troli-troli hilang.Bila nak isi barang dalam troli tak ada. Rupanya dia tengah berbual dengan orang dekat pasar. Terlalu peramah, jadi orang semua kenal dia.
“Lepastu, yang nombor empat (Saddiq), Ya Allah, Ya Tuhanku! Bila bawa dia, nanti sakit hati. Bila nak beli sayur dia akan tanya macam-macam, bila beli ikan pun dia akan persoalkan. Bak kata, dia ni kuat membebel,” ulasnya.

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun meraih lebih 1 juta tontonan sejak ia dimuat naik pada Isnin.




