[VIDEO] “Leka Fikir Dunia Sampai Lupa Rakaat Solat” – Joey Daud

[VIDEO] “Leka Fikir Dunia Sampai Lupa Rakaat Solat” – Joey Daud

Pelakon dan penyanyi, Joey Daud mendedahkan salah satu ujian paling berat dalam hidupnya adalah apabila dirinya hilang fokus ketika menunaikan solat gara-gara terlalu memikirkan hal dunia.

Joey atau nama sebenarnya Zulkifli Daud berkata, keadaan itu membuatkan dia tersedar dirinya masih dibelenggu urusan dunia yang mengganggu ketenangan ibadah.

“Ujian paling berat pada saya adalah ketika saya solat, saya lupa rakaat ke berapa sebab masih memikirkan hal dunia.

“Perasaan tu sangat tak best… saya tak fokus, teringat masalah dunia. Tak betul saya ni,” katanya.

Joey berkongsi pengalaman tersebut ketika menjadi tetamu dalam episod terbaru podcast Sembang Seram dikendalikan oleh pelakon dan pempengaruh, Safwan Nazri.

Dalam masa sama, Joey turut menitipkan peringatan agar netizen menghargai masa yang ada.

“Dalam hidup ni, ada dua hari yang kita tak boleh buat apa-apa iaitu semalam dan esok. Hari ini kita masih hidup, jadi buatlah yang terbaik,” katanya lagi.

@sembangseram

lain macam dia punya deep, feel habis😭😭 #Sembangseram #Ceritaseram #Kisahseram #Joeydaud #Safwannazri #Safwannazripodcast #Safwannazripod #Seram #Kisahhantu

♬ original sound – sembangseram – sembangseram

Artikel Berkaitan: “Kain Kapan Ada Tiga Garis Macam Disebat & Terbakar” – Terpaksa Gali Semula, Joey Daud Dedah Kisah Mengisafkan Kerja Penggali Kubur

Scroll to Top