[VIDEO] Netizen Teruja Ibu Fattah Amin Perkenalkan Amira Othman Kepada Saudara-Mara – “Ini Dah Sah La”

[VIDEO] Netizen Teruja Ibu Fattah Amin Perkenalkan Amira Othman Kepada Saudara-Mara – “Ini Dah Sah La”

Kemesraan dan keabraban penyanyi, Amira Othman dan pelakon, Fattah Amin turut menerima perhatian dan sokongan ramai yang seolah-olah ‘merestui’ hubungan mereka.

Terkini, menerusi sebuah video tular di platform TikTok, ibu Fattah Amin iaitu Azizah Abdul Ghani dilihat sedang memperkenalkan Amira kepada beberapa individu yang dipercayai saudara-mara aktor tersebut.

Video tersebut memaparkan momen yang berlangsung ketika majlis iftar bersama Fattah yang berlangsung pada Isnin.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen sempat mengusik Amira dan Fattah yang dikatakan berkemungkinan akan ke fasa seterusnya selepas sesi suai kenal bersama keluarga.

Malah, ada juga dalam kalangan mereka yang mendoakan agar kedua-dua selebriti itu segera disatukan.

Sebelum ini, ‘pasangan’ ini meraih tumpuan ramai selepas tular sebuah video menunjukkan Fattah tersasul memanggil Amira dengan panggilan ‘Yang’.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Amira Othman Mesra Dukung Bayi, Fattah Amin Usik Manja – “Dah Tak Sabar Ke?”

@im_yourgirl06

Wow wow wow 🥰❤️ Dah boleh ke next step gais 🩷🤍🕊️✨ Kredit ig story : nurulovelycakes #fattahamin #amiraothman #ermafatima #iftar #doayangbaikbaik #doayangbaikbaik🤲💕 #fyppppppppppppppppppppppp #capcut #fyp #kaklongabglong #foryou #foryoupage #bilanakkahwin #mendonia #jakel #CapCut

♬ bunyi asal – juruhantar – جوروهانتر

Scroll to Top