Pelawak dan usahawan, Shuib mengimbau kembali momen ketika isteri tercinta, Watie Hanifiah membuat kejutan ketika memaklumkan berita kehamilannya.
Menerusi sebuah video di Instagram (IG), Shuib berkata kehadiran anak kecil dalam kandungan isterinya itu amat bermakna meskipun hanya dapat dirasai dalam tempoh singkat.
“Simpan sini buat kenangan yang Dia pernah hadir dalam keluarga kami. Nama nya Bintang “Anak Mekah”. Terima kasih diatas kehadiran walaupun hanya sekejap.
“lanya cukup bermakna dan indah buat kami sekeluarga lebih-lebih lagi mummy, @iamwatie. Insya-Allah, semoga jumpa di syurga,” katanya.
Dalam perkongsian sama, Shuib turut sempat menitipkan kata-kata cinta kepada Watie.
“Daddy dan anak-anak sayang Mummy,mummy dah buat yang terbaik, susunan Allah lebih mengetahui.Semoga kita semua di kurniakan rahmat dan berkat dunia dan akhirat,” katanya.
Sebelum ini, Watie berkongsi berita duka apabila memaklumkan dirinya mengalami keguguran.
Perkongsian itu dibuat menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya, Watie, atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, berkata dia sudah merasai petanda awal ‘bintang kecil’ yang dikandungnya itu tidak akan bersama lama.
Sekadar info, Watie dan Shuib telah sah bergelar suami isteri pada 23 Jun 2023.




