Anak sulung kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Ayden Adrean, 8, menyentuh hati ramai apabila meluahkan ucapan istimewa kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Dalam sebuah video yang dimuat naik di platform radio hiburan, Ayden meluahkan rasa kagumnya terhadap Saddiq, yang disifatkan bukan sahaja seperti ‘Ironman’, malah juga berpotensi menjadi penyampai radio.
“Assalamualaikum, hello Uncle Syed Saddiq. I just wanted to say you are doing so cool on the radio, keep rocking the mic Uncle. You are not just an ironman but also can be a radio announcer. I am so proud of you Uncle,” kata Ayden.
Ucapan tulus itu jelas menyentuh hati Saddiq, yang kelihatan tersenyum dan sebak mendengar kata-kata daripada Ayden.
“Thank you Ayden, that is very sweet.. Jangan lupakan sekolah, eh dia tengah cuti. I will see you soon Ayden,” balas Saddiq dengan penuh mesra.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen turut tersentuh melihat momen indah itu, malah mereka juga memuji kecomelan dan keikhlasan Ayden.
Sebelum ini, Saddiq mengakui dirinya terinspirasi dengan semangat juang Ayden menempuh laut bergelora ketika menyertai acara renang sejauh 400 meter di Pesta Renang Langkawi (LSF) di Dataran Tanjung Rhu selepas hanya seminggu berlatih.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Saya Yang Terinspirasi Dengan Dia” – Syed Saddiq Kagum Semangat Luar Biasa Ayden




