SUBANG JAYA: Taylor’s University baru-baru ini melancarkan VORTEX XR Lab yang dilengkapi perisian dan perkakasan realiti terimbuh, maya dan lanjutan yang diperluaskan.
Ia merupakan usaha bagi memacu penggunaan XR (Extended Reality) dan teknologi imersif di seluruh universiti dalam pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Menurut Timbalan Naib Canselor dan Ketua Pegawai Akademik Taylor’s University, Profesor Dr Pradeep Nair, universiti itu melabur lebih RM1 juta bagi mewujudkan kandungan XR dan memudahkan penyelidikan XR, sekali gus membolehkan pelajar terlibat secara langsung dan merasai pengalaman dalam keadaan imersif.
Katanya lagi, pengalaman itu pastinya memberikan mereka peluang untuk memenuhi permintaan pasaran kerja XR.
VORTEX XR Lab menampilkan kemudahan seperti Studio Skrin Hijau, aplikasi XR dan pentas LED yang dikuasakan oleh Zero Density, bilik-bilik Realiti Campuran yang Mengasyikkan, Pameran VR yang dipasang di kepala dikuasakan oleh Meta Quest dan HTC.
Bukan itu sahaja, terdapat dua stesen HoloLens yang akan menyokong semua fakulti, daripada hospitaliti dan seni bina, kepada perubatan dan seni kulinari.
Ketika pelancaran makmal itu, orang awam dibenarkan mencuba pelbagai pengalaman seperti kimpalan dan kerja kayu secara maya, berkayak di Antartika sebagai pelancong maya dan menghadiri simulasi mahkamah secara maya.
Selain itu, pengunjung juga berpeluang menonton realiti terimbuh (Augmented Reality) patung Barbie yang mengenakan fesyen rekaan pelajar-pelajar Teknologi Reka Fesyen Taylor’s serta meneroka anatomi manusia melalui hololens.
Pengarah VORTEX XR Lab dan Pensyarah Kanan di The Design School, Taylor’s University, Dr Charles Sharma Naidu berkata, mereka melihat kepada keperluan untuk menjadi inovator dalam ruang pendidikan bagi memacu penyelidikan, idea dan penyelesaian XR yang inovatif di samping pertumbuhan negara dalam bidang ini.
Tambahnya lagi, selain mewujudkan kandungan pendidikan yang imersif, makmal itu juga berfungsi sebagai Pusat Inkubasi XR yang dibahagikan kepada tiga komponen iaitu:
Perkhidmatan XR yang menyediakan sokongan teknikal dan latihan bagi akademik.
Tindakan XR yang memudahkan projek XR dan juga mencari dana bagi produk XR, serta pengkomersialan.
Sokongan dan Penyelidikan XR yang melakukan penyelidikan dan kesedaran berkaitan teknologi XR.
Bagi menyokong visi ini, VORTEX XR Lab bekerjasama dengan beberapa rakan industri seperti Ministry XR berkenaan penggunaan Teknik Imersif dan Broadcast Elements yang ditugaskan untuk integrasi siap guna, latihan dan pengeluaran produk berkaitan XR.
Makmal ini juga menggunakan ekosistem realiti Zero Density untuk mencipta paparan masa nyata 3D lancar bagi persekitaran maya yang menggabungkan interaksi AR dan MR untuk pengajaran, pembentangan, persidangan, acara, webinar dan penyelidikan.
Makmal tersebut adalah ruang eksperimen yang selaras dengan ekosistem Taylor’sphere dalam melengkapkan graduan dengan kemahiran dan pengalaman yang betul untuk menangani masalah dunia sebenar dan menghadapi masa depan.
Sebagai langkah pertama dalam peranannya membangunkan negara, VORTEX XR Lab menandatangani perjanjian dengan Kampung Digital Tabung Ekonomi Gagasan Anak Sarawak (TEGAS), bagi meningkatkan kesedaran dan mempromosi teknologi XR di Sarawak.
Untuk maklumat lanjut mengenai VORTEX XR Lab, layari laman sesawang Taylor’s University.
© New Straits Times Press (M) Bhd