Terima kasih lindungi Jaslinda – PM

Terima kasih lindungi Jaslinda – PM

am@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan kepada sukarelawan dan pasukan penyelamat serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu susulan penemuan pendaki, Jaslinda Saludin.

Jaslinda, 49, ditemui selamat, hari ini. selepas 14 hilang di Gunung Batu Putih, Tapah di Perak sejak bulan lalu.

Anwar dalam perkongsian di Facebook, hari ini turut menzahirkan rasa syukur dengan penemuan wanita berkenaan.

“Alhamdulillah syukur. Terima kasih sukarelawan dan pasukan penyelamat, serta warga Orang Asli Lubuk Gaharu kerana melindungi saudari Jaslinda,” tulisnya.

Terdahulu, media melaporkan, selepas 14 hari hilang di Gunung Batu Putih, Tapah, pendaki Jaslinda akhirnya ditemui selamat hari ini di kawasan berhampiran Kampung Orang Asli Lubuk Gaharu di Pos Musoh.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Datuk Sayani Saidon dilapor berkata, Jaslinda ditemui kira-kira 3 petang oleh penduduk, Nazri Bah Eng yang kemudian memaklumkan kepada anak saudaranya yang berada di Johor untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Sebelum ini, Jaslinda dilaporkan bersama 13 lagi individu dan dua Malim Gunung Perhutanan (MGP) memulakan pendakian Trans Spencer Chapman pada 2 pagi, 23 Mei lalu melalui laluan Pos Gedung-Gunung Bah Gading-Gunung Batu Putih-Kuala Woh.

Jaslinda dan seorang lagi pendaki, Mohd Hanafi Neikmad, 41, mengalami masalah kesihatan dan berhenti.

Bagaimanapun, Jaslinda kemudian dilaporkan meneruskan perjalanan ke puncak gunung dan kali terakhir dilihat oleh MGP pada 7.30 pagi, 24 Mei.


Berita berkaitan

‘Saya jatuh berkali-kali’ – kongsi Jaslinda dalam video tular

‘Syukur.. tengok gambar tular saya yakin itu Jaslinda’ – kakak

Kronologi kehilangan Jaslinda

Kehilangan Jaslinda: ‘Bukan tak nak terima bantuan…’

SAR Jaslinda dilaksana bersasar mulai esok, BBP Tapah penyelaras maklumat

‘Semoga ada keajaiban, khabar baik’ – Keluarga Jaslinda

Rakaman kamera pengawasan kesan pergerakan Jaslinda menuju Kem Sukaneka

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top