Wanita istimewa sebak dapat ‘surprise’ hari lahir dari keluarga di kampung

Ketika ini, perkhidmatan membuat surprise sangat mendapat tempat dan mendatangkan hasil yang lumayan kepada sesetengah pengusaha.

Selain dapat menjana pendapatan, mereka juga dapat menggembirakan orang lain melalui kejutan dan hadiah pemberian yang telah dikirim oleh ahli keluarga atau kenalan pelanggan mereka.

Dalam satu perkongsian di TikTok menggunakan nama akaun @ratubarber.bouquet, pihak mereka telah memuat naik momen bahagia ketika melakukan kejutan buat seorang pelanggannya sehingga menyentuh hati warganet.

Insan yang menerima jambangan bunga coklat itu merupakan seorang anak sulung yang kelainan upaya (OKU) dan sangat disayangi keluarga kerana telah berkorban banyak perkara demi adik-adiknya.

@ratubarber.bouquet

Part 1.. my special client

♬ SALAHKU – Yonnyboii

Ketika ucapan daripada keluarganya dibacakan, jelas terlihat wanita itu berasa sebak kerana terharu berikutan ahli keluarganya yang berada di kampung masih mengingati ulang tahun kelahirannya walaupun mereka sudah lama tidak bersua.

@ratubarber.bouquet

Part 2.. terhenti-henti akk baca ucapan.. akk x sekuat along..🥺🥺🥺

♬ original sound – MUMY ELLE – MUMY ELLE

Muat naik video tersebut telah membuatkan warganet turut berasa sebak. Rata-rata mereka mengakui sedih mendengar ucapan tersebut kerana faham perjuangan menjadi anak sulung dalam keluarga.

Mereka juga mendoakan agar perniagaan yang diusahakan wanita istimewa itu terus maju dan dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.

Sumber: ratubarber.bouquet