Wanita UMNO teguh bersama parti perjuangkan kebenaran

Wanita UMNO teguh bersama parti perjuangkan kebenaran

bhnews@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Wanita UMNO akan terus berdiri teguh untuk mempertahankan parti itu dalam memperjuangkan kebenaran.

Naib Ketuanya, Datuk Norliza Abdul Rahim, berkata sayap parti itu juga tidak sesekali gentar dan berundur walaupun berada dalam keadaan sukar.

“Waima keutamaan sekarang ialah untuk membantu rakyat sehabis baik dalam keadaan seadanya.

“Saya dan seluruh ahli Wanita UMNO di seluruh negara berdiri teguh untuk mempertahankan parti keramat ini dalam memperjuangkan kebenaran sejati,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norliza berkata, beliau turut menghormati keputusan Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi dan ia jelas menunjukkan beliau seorang yang berjiwa besar.

“Peletakan jawatan sebagai Menteri Pengajian Tinggi adalah satu tindakan yang sangat berani. Moga Allah SWT merahmati, memberi kekuatan dan ketabahan kepadanya.

“Kepada Allah SWT kita berserah. Allah juga sebaik-baik perancang. Wanita UMNO pasti terus utuh dan sentiasa mendokong dalam perjuangan parti,” katanya.

Noraini menjadi menteri kedua dari UMNO dalam Kabinet Tan Sri Muhyiddin Yassin meletak jawatan selepas Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah yang melepaskan jawatan Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Keputusan itu dibuat sebagai mematuhi pendirian Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada 3 Ogos lalu sebulat suara menarik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Muhyiddin.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top