am@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Warga emas antara dua pemandu lori yang ditahan selepas disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah tanpa lesen sah di hentian Rehat dan Rawat (RnR) Seremban arah utara Lebuhraya Utara-Selatan, Negeri Sembilan.
Penahanan lelaki berusia 37 dan 68 tahun itu hasil pemeriksaan kenderaan di lot parkir kenderaan berat dalam Op Taring Palma – [Op Bersepadu Intra / Inter] dilakukan sepasukan anggota daripada cawangan Risik Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dan Batalion 19 PGA Cheras pada 12 tengah hari, semalam.
Pegawai Pemerintah Batalion 4 PGA, Superintendan Amanjit Singh berkata, pihaknya menahan dua lori bersama pemandu masing-masing lelaki tempatan kerana disyaki menjalankan aktiviti pemindahan minyak sawit mentah tanpa lesen yang sah.
Katanya, hasil pemeriksaan ke atas lori berkenaan mendapati lima unit tong IBC berkapasiti 1,000 liter yang mana salah satunya berisi cecair dipercayai minyak sawit mentah dianggarkan 200 liter.
“Semua tangkapan dan rampasan diserahkan kepada pihak penguatkuasaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Cawangan Wilayah Tengah di atas kesalahan memindah minyak sawit mentah tanpalesen yang sah dan kea disiasat mengikut Akta 582 Lembaga Minyak Sawit Malaysia 1998.
“Keseluruhan rampasan itu dianggarkan bernilai RM 622,500,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd
