KUALA LUMPUR: Perancangan harta pusaka sering dianggap perkara yang boleh ditangguhkan, sedangkan persediaan awal penting bagi memastikan urusan keluarga lebih teratur apabila berlaku sesuatu yang tidak dijangka.
Hakikatnya, tidak semua ahli keluarga mengetahui maklumat terperinci mengenai simpanan, lokasi dokumen penting atau senarai aset milik ibu bapa mahupun pasangan termasuk akaun bank, Amanah Saham Bumiputera (ASB), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Tabung Haji.
Kekurangan maklumat itu boleh menyukarkan proses pengurusan harta pusaka, malah berpotensi menyebabkan salah faham serta pertikaian dalam kalangan waris sekiranya pembahagian harta tidak difahami dengan jelas.
Menyedari kekangan berkenaan, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Waris Safe Technology, Ahmad Zahari, mengambil inisiatif membangunkan WarisSafe, sebuah platform digital pengurusan harta pusaka Islam yang membantu keluarga Muslim di Malaysia menyusun maklumat harta dan waris secara sistematik.
Idea ini tercetus daripada pengalaman Ahmad Zahari apabila urusan pusaka seorang ahli keluarga terdekatnya mengambil masa lebih tiga tahun untuk diselesaikan.
Menurutnya, masalah itu berpunca daripada proses mahkamah, harta yang tidak direkodkan serta kekeliruan adik-beradik mengenai hak masing-masing.
Menerusi WarisSafe, ia membantu pengguna menyusun maklumat harta pusaka menerusi tiga langkah mudah iaitu menyenaraikan aset dan hutang, memasukkan maklumat waris serta melihat anggaran pembahagian faraid.

Pengiraan faraid itu berdasarkan Mazhab Syafie dan merujuk sumber terbitan seperti Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Bagaimanapun, kiraan berkenaan berfungsi sebagai anggaran untuk tujuan perancangan awal, manakala pembahagian rasmi dan muktamad tetap tertakluk kepada Sijil Faraid yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah.
Platform berkenaan turut menyediakan panduan mengenai pilihan perancangan harta yang sesuai dengan keadaan pengguna, termasuk wasiat, hibah takaful atau pelantikan pemegang amanah.
Ahmad Zahari menjelaskan WarisSafe hanya membantu pengguna membuat persediaan awal dan tidak menggantikan khidmat peguam syarie atau badan kehakiman.
WarisSafe bukan syarikat amanah atau firma guaman dan tidak menyediakan dokumen wasiat serta hibah.
Namun, pengguna boleh mendapatkan khidmat peguam syarie menerusi direktori yang disediakan tanpa caj daripada WarisSafe.
Dari aspek perlindungan data peribadi, maklumat pengguna dilindungi menerusi penyulitan AES-256 dan protokol log masuk kod laluan sekali guna (OTP) tanpa kata laluan.
Waris hanya boleh mengakses peti pusaka digital selepas tempoh pengesahan 48 jam.
WarisSafe turut mematuhi Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (PDPA), tidak memaparkan iklan dan tidak menjual data pengguna.
Platform itu dikendalikan Waris Safe Technology, syarikat tempatan yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nombor pendaftaran 202603049792 (003826918-V).
Bagi yang ingin mengetahui lebih lanjut, orang ramai boleh mencuba kalkulator faraid percuma menerus WarisSafe tanpa perlu mendaftar.
Pengguna yang ingin memanfaatkan ciri penyimpanan penuh boleh menggunakan Pelan Asas secara percuma, manakala langganan Founder’s Club kini ditawarkan pada harga promosi RM60 untuk tahun pertama berbanding harga asal RM90 setahun tanpa pembaharuan automatik.
Layari https://warissafe.my/?promo=BH60 untuk maklumat lanjut.
© New Straits Times Press (M) Bhd




