London: Penyerang Aston Villa, Ollie Watkins disahkan tidak dapat beraksi bersama skuad England bagi aksi kelayakan Piala Dunia menentang Latvia selepas mengalami kecederaan, menurut Persatuan Bolasepak England (FA) hari ini.
Pemain berusia 29 tahun itu, yang sudah menjaringkan enam gol dalam 20 penampilan antarabangsa, mengalami kecederaan ringan ketika membantu England menewaskan Wales 3-0 dalam aksi persahabatan.
England kini menerajui Kumpulan K dengan rekod sempurna 15 mata hasil lima kemenangan menjelang perlawanan menentang Latvia Rabu.
© New Straits Times Press (M) Bhd



