LONDON: Ed Woodward akan melepaskan jawatannya sebagai Naib Pengerusi Eksekutif Manchester United pada penghujung tahun ini, umum kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu.
Bekas pelabur perbankan berusia 49 tahun itu dipercayai adalah seorang daripada penggerak utama kepada cadangan kontroversi mewujudkan saingan Liga Super Eropah (ESL).
JP Morgan iaitu bank tempat beliau bekerja ketika menasihatkan Glazers berhubung pembelian kelab United pada 2005, adalah pembiayai projek ESL.
“Saya sangat berbangga dapat berkhidmat bersama United. Ia satu penghormatan dapat bekerja dengan sebuah kelab paling hebat di dunia selama 16 tahun,” kata Woodward dalam satu kenyataan.
“Masa depan kelab ini sudah berada pada kedudukan baik dan sudah pasti, ia bakal sukar meninggalkannya pada penghujung tahun ini,”.
Woodward menyandang jawatan Naib Pengerusi Eksekutif di Old Trafford sejak 2012. Dia mengambil alih jawatan itu daripada David Gill setahun selepas itu yang tidak popular di kalangan penyokong United.
– AFP
© New Straits Times Press (M) Bhd




