Acara sambutan tahun baru yang dinanti-nantikan di Malaysia kini kembali untuk menyambut kedatangan 2025 dengan pengalaman yang unik.
Edisi kedua Pinkfish Countdown 2024 akan diadakan pada 31 Disember 2024, bersedia untuk menyinari Surf Beach di Sunway Lagoon sekali lagi.
Selepas kejayaan acara ‘countdown’ tahun lalu yang dihadiri oleh 13,000 peminat, juga dikenali sebagai LAVAs, dengan ‘headliner’ KSHMR dan disertai pertunjukan bunga api selama tujuh minit yang memukau para pengunjung.
Kedua-dua pihak penganjur Hitman Solutions dan Happymoon kini bersiap sedia untuk membawa pengalaman sonik yang lebih hebat untuk peminatnya yang akan menyambut tahun baru ini di Sunway Lagoon.
Pinkfish sebelum ini mengumumkan Armin Van Buuren sebagai ‘headliner’ Pinkfish Music & Arts Festival 2024 dengan memaparkan poster acara tersebut di Menara TSLAW di Kuala Lumpur, mencetuskan keterujaan untuk kepulangannya selepas tujuh tahun.
Kali ini untuk acara ‘countdown’ yang akan datang, Pinkfish sekali lagi menggunakan cara unik untuk mengumumkan ‘lineup’ dengan mengirim 1,000 poskad misteri kepada LAVAs yang paling setia, memberikan mereka pandangan eksklusif tentang barisan artis yang bakal menggegarkan Surf Beach di Sunway Lagoon sempena ketibaan tahun 2025.
Pinkfish Countdown 2024 akan menampilkan lima ‘headliner’, setiap satunya akan membawa musik unik mereka. Bersiaplah untuk pengembaraan muzik yang merentasi pelbagai genre—dari Hardstyle hingga Techno, Big Room, Trance, dan banyak lagi—mencipta malam yang mempamerkan bunyi EDM yang mendefinisikan genre ikonik ini.
Barisan artis yang bakal menyambut tahun baru 2025 termasuk Sara Landry, Blasterjaxx, Showtek, Cosmic Gate, dan Nifra, yang masing-masing merupakan gergasi dalam sub-genre mereka.
Mewakili bakat tempatan, barisan artis kali ini menampilkan nama-nama kegemaran peminat Pinkfish seperti Mr Yang dan Nahsyk, bersama wajah-wajah baharu seperti Hades dan ZeroFloat, menjanjikan gabungan bakat yang pelbagai dan bertenaga sepanjang malam.
Pengasas Pinkfish, Rohit Rampal dan Kesavan Purusotman (KC) berkongsi, tahun ini akan tidak kurang hebatnya berbanding acara-acara sebelum ini yang sentiasa memberi pengalaman yang unik.
“Pinkfish Countdown 2024 adalah puncak usaha kami sepanjang tahun ini dan kami teruja untuk membawanya ke tahap yang lebih tinggi.
“Di Pinkfish, kami sentiasa berusaha mengejar pencapaian dan impian baru. Dengan keterujaan mengenai barisan artis kami, kami bangga untuk mengumumkan ‘headliner’ wanita pertama kami—Ratu ‘Hard Techno’, Sara Landry, yang akan membuat penampilan ‘debut’ yang dinanti-nantikan di Malaysia! Setelah menguasai pentas utama di festival-festival terkemuka dunia, Sara bersedia untuk memberikan persembahan yang akan membawa LAVAs kami ke tahun 2025 dengan tenaga dan irama yang tidak tertandingi,” ujarnya.
Jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman tahun baru yang hebat dan dapatkan tiket anda sekarang di https://pinkfishfestival.com/countdown2024, dengan harga bermula RM188 ke atas sehingga RM748 ke atas.