Penyanyi program realiti, Thalia Mentor akhirnya tampil menjelaskan isu yang dikaitkan dengan dirinya.
BACA: Penyanyi Wanita Ditangkap Khalwat Ini Rupanya Ada Anak Dan Pernah Bercerai Beberapa Kali!
Menerusi hantaran di Instagram Story, penyanyi ini berkata, dia bukanlah punca pergolakan rumah tangga orang lain sebaliknya hanya menjadi mangsa keadaan.

Malah, Thalia sendiri sudah mengenalpasti individu yang menyebarkan tuduhan tersebut. Dedah Thalia, individu tersebut adalah isteri kepada kenalan rapatnya yang tidak berpuas hati bakal diceraikan.
Menurut Thalia, penceraian adalah disebabkan sikap si isteri dan masalah rumah tangga yang langsung tiada kena mengena dengan dirinya.

Katanya lagi, pasangan berkenaan sudah dua kali berpisah sebelum ini dan permohonan cerai kali ini adalah yang ketiga.
Si isteri dikatakan tidak dapat menerima hakikat dan cuba meletakkan kesalahan ke atas orang lain serta menuduh suami curang.

Dalam hantaran di Instagram Story, penyanyi ini turut menyertakan surat permohonan cerai di mana rakannya menyenaraikan beberapa sebab mahu berpisah.

Jelas Thalia, si isteri tidak henti menuduhnya sebagai penyondol sehingga sanggup menggunakan cara kotor dengan niat mahu menjatuhkan imejnya.
Awak menang sebab saya berada di masa dan tempat yang tak sesuai ketika itu dan awak dah menang.
Penyanyi ini berkata lagi, peguamnya sedang memantau mana-mana pihak yang meninggalkan komen, menyebarkan aib dan fitnah untuk diambil tindakan undang-undang.



Di akhir hantaran, Thalia mengaku berkali-kali gagal dalam rumah tangga seperti yang tersebar. Namun, Thalia tidak pernah melayani suami terdahulu seperti pengemis malah dia menjaga makan pakai mereka dengan baik.
Thalia mengaku tidak bernasib baik dalam perkahwinan namun ianya bukanlah berpunca daripada sikapnya. Dia juga mengaku mempunyai anak dan bersyukur dengan nikmat yang dianugerahkan Allah SWT.





