‘Yahudi tidak dibenarkan’ – Hotel di Jerman tolak pelancong Israel

‘Yahudi tidak dibenarkan’ – Hotel di Jerman tolak pelancong Israel
‘Yahudi tidak dibenarkan’ – Hotel di Jerman tolak pelancong Israel

Mesej yang diterima oleh pelancong Israel berkenaan semasa membuat tempahan.- Foto TimesOfIsrael.

MUNICH – Dua pelancong Israel dilaporkan ditolak penginapan di sebuah hotel di selatan Jerman selepas menerima mesej yang menyatakan, “Maaf, tiada Yahudi dibenarkan menginap di hotel kami.”

Insiden itu didakwa berlaku di Hotel zum Hirschen di Lam, Bavaria dan mencetuskan pelbagai polemik selepas tangkap layar mesej berkenaan tular di media sosial.

Menurut laporan media Israel, pelancong terbabit membuat tempahan menerusi platform tempahan dalam talian sebelum menerima mesej penolakan berkenaan.

Konsulat Israel di Munich mengesahkan insiden tersebut dan menyatakan aduan rasmi telah dikemukakan kepada pihak berkuasa Bavaria.

Konsul Jeneral Israel di Munich, Talya Lador menyifatkan kejadian itu sebagai sesuatu yang mengejutkan.

Kes di Bavaria itu turut menyusuli beberapa insiden lain yang melibatkan pelancong Yahudi dan Israel di luar negara, termasuk dakwaan penolakan masuk ke sebuah sauna di Barcelona serta gangguan terhadap pasangan Israel di sebuah hotel di California.-Agensi

Mesti Baca

Scroll to Top