Penyanyi Aisha Retno meluahkan rasa sedih tidak mampu menghasilkan whistle notes yang menjadi identiti vokalnya.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Aisha berkata dia cuba mendapatkan semula keupayaan tersebut dengan melatih suaranya namun belum membuahkan hasil.
BACA: “Baca Tafsir, Sangat Bermakna” – Aisha Retno Menangis Baca Surah al-Qadr

“Sedih untuk saya maklumkan pada kalian yang saya sudah tidak boleh menghasilkan ‘whistle’ lagi di usia 25 tahun.
“Saya cuba untuk dapatkan semula tapi saya tidak tahu mengapa apabila saya menyanyi whistle hari-hari, bunyinya seperti bunyi cerek,” tulisnya.
Sementara itu, Aisha turut memuat naik video lama memaparkan dia melakukan ‘soft whistle notes’ ketika berusia 23 tahun.
“Biarkan saya tinggalkan momen ini di sini, di mana Retno yang berusia 23 tahun sedang mencuba untuk melakukan soft whistle notes.
“Selamat tinggal whistle notes. Awak layan saya dengan amat baik. Sedih sebab saya dah tak boleh capai kamu lagi,” katanya.
Sumber: mStar Online




