Oh! Arena
Zaquan Adha luah kecewa di media sosial, peminat mula kaitkan hantaran itu dengan Faisal Halim.
Nama Zaquan Adha Abdul Radzak tiba-tiba jadi perhatian peminat bola sepak tempatan selepas beberapa hantaran panas dimuat naik di Instagram Story miliknya.
Menerusi luahan itu, bekas penyerang kebangsaan berkenaan dipercayai meluahkan rasa kecewa terhadap seorang pemain terkenal yang didakwa enggan memberi kerjasama untuk sebuah program televisyen.
Ramai mula berteka-teki dengan Zaquan Adha

Walaupun Zaquan Adha tidak menyebut nama mana-mana individu, hantaran tersebut terus mencetuskan pelbagai andaian dalam kalangan netizen.
Tinjauan di platform Thread mendapati ada pengguna media sosial mula mengaitkan luahan berkenaan dengan bintang Selangor FC dan Harimau Malaya, Faisal Halim.
Spekulasi itu timbul selepas ada yang mendakwa pemain dimaksudkan tidak dapat memenuhi jemputan untuk hadir ke sebuah program televisyen yang dikendalikan Zaquan sebagai hos.
Ada juga yang mengaitkan isu “rate” atau bayaran sebagai punca luahan

Kau jangan ingat sekarang nama kau orang sebut-sebut kau boleh belagak. Aku tak mintak duit kau la, aku tanya rate kau berape je. Kau ingat aku hamak sangat dengan kau ke? Budi bahasa kena ada.- Tulisnya.
Dalam hantaran lain, Zaquan dilihat terus meluahkan rasa tidak puas hati terhadap individu terbabit. Bekas pemain Johor Darul Ta’zim itu turut mendakwa dia sendiri pernah melalui fasa populariti sama sebelum ini.
Malah, Zaquan turut memberi peringatan bahawa seseorang pemain tidak akan selama-lamanya berada di puncak kerjaya.
Lebih menjadi perhatian, Zaquan turut memuat naik satu lagi hantaran yang seolah-olah memberi bayangan mengenai pencapaian pemain yang dimaksudkan.
Belum ada pengesahan

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan bahawa individu yang dimaksudkan oleh Zaquan Adha ialah Faisal Halim atau mana-mana pemain lain.
Zaquan juga tidak menamakan sesiapa secara khusus dalam hantaran yang dimuat naiknya. Dalam masa sama, tiada kenyataan balas dikeluarkan oleh pemain yang dikaitkan dengan spekulasi tersebut.
Jadi buat masa ini, isu berkenaan masih kekal sebagai tanda tanya dan terus menjadi perbualan hangat dalam kalangan peminat bola sepak tempatan.
Pssttt! Dalam isu macam ni, memang laju netizen buat andaian sebab nama besar mudah sangat dikaitkan. Tapi selagi belum ada pengesahan rasmi, eloklah kita tunggu penjelasan daripada pihak terlibat. Kadang-kadang satu luahan boleh jadi panjang ceritanya bila semua orang mula sambung titik-titik sendiri
Kredit: Harian Metro
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!




