Saifuddin, Dr Zaliha dilantik Naib Presiden PKR

Saifuddin, Dr Zaliha dilantik Naib Presiden PKR
Saifuddin, Dr Zaliha dilantik Naib Presiden PKR

Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Naib Presiden PKR yang baharu.

BATU PAHAT – Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa dilantik sebagai Naib Presiden PKR yang baharu.

Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pelantikan itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang diadakan di Batu Pahat, hari ini.

“Ia (pelantikan itu) bagi mengukuh dan memantapkan lagi organisasi serta gerak kerja parti di peringkat pusat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Fahmi berkata, Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat PKR juga memutuskan Kongres Tahunan Keadilan yang pada awalnya dijadualkan 26 hingga 28 Jun ini, ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos depan manakala lokasinya masih dikekalkan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh.

“Kongres Tahunan Keadilan yang pada awalnya dijadualkan pada 26 hingga 28 Jun telah ditangguhkan ke 14 hingga 16 Ogos 2026.

“Lokasinya dikekalkan di Melaka International Trade Centre (MITC), Ayer Keroh, Melaka,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penangguhan itu dibuat bagi memberi ruang khususnya kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan untuk mempertingkat kesiap siagaan dalam menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang bakal berlangsung.

 

 

Scroll to Top