LATEST

Kelewatan muktamadkan CoC Laut China Selatan undang risiko campur tangan kuasa luar – Anwar

Kelewatan muktamadkan CoC Laut China Selatan undang risiko campur tangan kuasa luar – Anwar

am@hmetro.com.my

Baca juga: Tiada bukti kukuh syarikat berkaitan Malaysia punca kebakaran hutan di Indonesia

Manila: Kelewatan dalam memuktamadkan Rundingan Kod Tatalaku (CoC) di Laut China Selatan berpotensi membuka ruang campur tangan kuasa luar.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, bagaimanapun memaklumkan pihak ASEAN dan China belum menetapkan tarikh akhir baharu untuk memuktamadkan rundingan berhubung kod berkenaan.

Katanya, Malaysia mahu isu berkenaan diselesaikan menerusi rundingan langsung antara ASEAN dan China, selaras dengan prinsip pemusatan ASEAN, tanpa menjadikan rantau ini gelanggang persaingan kuasa besar.

“Kritikal kerana kita nampak perkara ini tertangguh begitu lama. Pada peringkat awal, kita berikan garis masa sehingga akhir tahun, tetapi saya juga akui sebenarnya sudah ada kemajuan dan komitmen dengan China yang jauh lebih positif.

“Saya hanya mahu menggesa dengan kuat supaya perkara ini tidak dilengah-lengahkan. “Saya tidak mahu kuasa-kuasa lain campur dan menggunakan kelompongan ini untuk merasakan mereka berperanan,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan rundingan itu boleh dilanjutkan melebihi sasaran asal iaitu pada akhir tahun ini.

Katanya, ia susulan kemajuan dicapai setakat ini yang turut diperakui pemimpin ASEAN dan Perdana Menteri China Li Qian, semasa Sidang Kemuncak ASEAN-China kali ini.

“Apabila terdapat kemajuan yang jelas dalam rundingan ini, kita tidak seharusnya menetapkan tarikh akhir yang boleh menjejaskan proses rundingan tersebut.”

“Sekiranya rundingan itu tidak menunjukkan sebarang kemajuan, saya boleh memahami keperluan menetapkan tarikh akhir.

“Namun, dalam hal ini, rundingan menunjukkan perkembangan positif,” katanya kepada media pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-49, di sini.

Menerusi CoC, Malaysia turut menekankan kepentingan menjamin kebebasan laluan serta keselamatan semua bentuk pengangkutan dan perjalanan, termasuk melalui laut dan udara di Laut China Selatan.

From: hayati

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news