Pelakon Datin Seri Zizie Izette meluahkan rasa sedih apabila ada segelintir netizen menganggap dia terlalu cepat move on selepas pemergian suaminya pada tahun lalu.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Zizie berkata hampir setahun itu mungkin dilihat cepat bagi orang lain namun buatnya sangat panjang apatah lagi perlu berjuang dengan emosi.
BACA: Zizie Izette Terkenang Arwah Bung Moktar Selepas Dengar Kisah Rasulullah

“Bila orang kata, ‘Cepatnya dia dah tak sedih,’ saya hanya mampu tersenyum. Hampir setahun mungkin nampak singkat pada pandangan orang luar, tetapi hanya saya yang tahu betapa panjangnya hari-hari yang saya lalui.
“Untuk bangkit semula dan merasakan diri saya seperti dulu memerlukan keberanian yang besar,” katanya.
Sementara itu, Zizie berkata meskipun dia kini tersenyum namun bukan bermakna dia berhenti berduka sebaliknya dia memilih untuk meneruskan hidup.
“Melihat saya tersenyum tidak bermakna saya berhenti berduka. Cuma bermaksud saya memulih untuk tidak berhenti hidup. Duka dan bahagia boleh wujud dalam hati yang sama. ” tulisnya.
