RIO DE JANEIRO – Sepuluh orang maut selepas sebuah kereta terjunam ke dalam tasik di Barra Mansa, negeri Rio de Janeiro, Brazil, menurut polis tempatan pada Ahad, lapor Xinhua.Menurut polis, seorang orang awam menemukan kereta yang terbalik di dalam tasik itu sebelum melaporkan kejadian kepada pihak berkuasa.Pasukan bomba kemudian menemukan 10 mayat di dalam tasik berkenaan termasuk empat kanak-kanak.Polis berkata kemalangan dipercayai berlaku pada awal pagi, sambil memaklumkan bahawa laluan berkenaan tidak mempunyai lampu jalan dan tiada kamera pengawasan ditemukan di kawasan berhampiran.Punca sebenar kemalangan masih dalam siasatan. – Bernama
10 maut kereta terjunam dalam tasik di Brazil