LATEST

PRN Melaka: Johari luangkan masa, tunjuk kemahiran main dam haji dengan penduduk Kampung Bukit Godek

PRN Melaka: Johari luangkan masa, tunjuk kemahiran main dam haji dengan penduduk Kampung Bukit Godek

am@hmetro.com.my

Melaka: Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berehat sebentar daripada siri kempen hari ini untuk meluangkan masa bermesra dengan penduduk Kampung Bukit Godek, Semabok, sambil bermain dam haji.

Pertemuan mesra itu menyaksikan Johari bukan sahaja menunjukkan kemahirannya dalam permainan papan tradisional itu, malah muncul pemenang menentang penduduk tempatan.

Johari melawat kampung berkenaan bersama calon Barisan Nasional (BN) bagi DUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem, sebagai sebahagian daripada aktiviti kempen gabungan itu untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Mohd Noor Helmy berkata, perlawanan spontan itu memberi peluang kepada penduduk untuk melihat keperibadian Johari yang merendah diri serta ‘jiwa kampungnya’.

“Datuk Johari datang ke sini dan bermain dam haji dengan orang kampung. Beliau siap menang lagi perlawanan itu.”Ini menunjukkan keperibadian sebenar beliau, sisi anak kampungnya dari zaman muda,” katanya.

Awal pagi tadi, Johari menghadiri sesi taklimat bersama jentera pilihan raya BN bagi kawasan DUN Ayer Molek dan Pengkalan Batu.

Turut hadir, calon BN bagi DUN Ayer Molek, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali dan calon DUN Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood.

Mohd Noor Helmy mempertahankan kerusi DUN Duyong menentang calon Pakatan Harapan, Poo Long Suan.

Pada PRN Melaka 2021, beliau memenangi kerusi itu dengan memperoleh 4,684 undi, meraih kemenangan dengan majoriti tipis sebanyak 200 undi.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news