10 tahun jalin cinta, Raysha Rizrose sedia jadi isteri Nabil Jeffri

Sedar tak sedar, sudah 10 tahun pelakon cantik Raysha Rizrose menjalinkan hubungan percintaan dengan kekasihnya, Nabil Jeffri yang juga seorang pelumba kereta Formula 3.

Raysha atau nama sebenarnya Farza Naquraisha Mohd Fariz berkata, mereka pernah sekali mengalami ‘putus cinta’ sepanjang 10 tahun bersama sejak dari zaman sekolah menengah.

Raysha berkata, mereka hanya ‘putus’ selama empat bulan sahaja selepas pelumba kereta Formula 3 itu  berjaya memujuknya.

“Kami mengenali sejak di bangku persekolahan lagi. Kemudian, kami jalin hubungan jarak jauh, masing-masing ada komitmen masing-masing. Sedar-sedar sudah 10 tahun. Cepat masa berlaku,”katanya.

Disoal mengenai perkahwinan, Raysha mengatakan kekasihnya sudah bersedia dan pernah bertanya kepada dirinya mengenai masa yang sesuai bagi mereka mendirikan rumah tangga.

“Semuanya bergantung kepada saya kerana dia (Nabil) sudah bersedia untuk kami melangkah ke fasa perkahwinan. Cuma, saya yang perlukan masa lagi dan tak mahu terburu-buru membuat keputusan.

Dalam pada itu, aktres itu mengakui hatinya terdetik untuk berumah tangga dan perasaan itu hadir sendiri.

“Sebelum ini,  ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tak pernah buat saya tertekan. Sebab saya percaya, bila diri sudah bersedia fasa itu akan tiba juga.
“Kini, saya rasa detik itu sudah sampai, rasa tiba-tiba macam saya dah 26 tahun. Alhamdulillah, dah capai apa yang saya mahukan, kakak semua sudah pun berkahwin. Jadi, inilah masanya untuk saya ‘move on’ dengan hidup,”katanya lagi.

@nabiljeffriofficial

I just want to have my lunch 😢 #englishtutor

♬ original sound – Nabil Jeffri – Nabil Jeffri

Mengulas pula impian perkahwinannya, Raysha berkata sebagaimana wanita lain, dia juga mahu merasai proses merisik, bertunang dan seterusnya majlis perkahwinan.

Apapun, katanya, dia menginginkan majlis yang sederhana dan tidak terlalu mewah, tapi meriah dengan dihadiri keluarga, saudara mara serta kenalan rapat bagi meraikannya bersama-sama.

Sumber: Media Hiburan, TikTok @nabiljeffriofficial, Instagram @raysharizrose