10,000 anggota APM bantu program imunisasi

10,000 anggota APM bantu program imunisasi

Kluang: Seramai 10,000 anggota dan sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan digerakkan membantu menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, bermula hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas Ttugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof berkata, mereka akan bergerak ke kawasan luar bandar bagi membantu masyarakat melakukan pendaftaran pengambilan vaksin.

Katanya, bantuan akan diberikan sama ada membuat pendaftaran menerusi MySejahtera ataupun secara manual berdaftar di Pusat Kesihatan Daerah.

“Saya mahu perkara ini dimulakan serta merta. Insya-Allah bila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan ulang tahun APM ke-69 pada 24 Mac depan. Kita nak tunjukkan kepada masyarakat awam bahawa kita telah menaik taraf dari sudut pengurusan kita.

“Kita akan gerakkan 10,000 anggota dan sukarelawan kita membantu masyarakat khususnya yang berada di luar bandar untuk mendaftar mendapatkan vaksin.

“Aset APM akan digunakan bagi membantu menghantar golongan memerlukan seperti Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan yang jauh dan tidak kemudahan untuk ke Pusat Kesihatan daerah bagi tujuan pendaftaran mendapatkan vaksin,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perasmian Pusat Latihan Pertahanan Awam Wilayah Selatan (PULAPAS) di PULAPAS di sini, hari ini.

Menurutnya, langkah itu dijangka mampu meningkatkan jumlah pendaftaran vaksin dalam kalangan masyarakat.

“Ia sekaligus boleh mencapai matlamat kerajaan supaya 80 peratus masyarakat menerima vaksin bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Scroll to Top