1,810 kes baharu, 6 kematian hari ini

Kuala Lumpur: Kes jangkitan baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 1,810 kes baharu dan enam kematian.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia meningkat kepada 80,309 kes dengan kebolehjangkitan pula sebanyak 12,734 kes.

Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut merekodkan bilangan kes sembuh Covid-19 sebanyak 937 kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih adalah 67,173 kes. Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat 11 kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula adalah 1,799 kes.

“Selangor masih melaporkan kes harian tertinggi iaitu 829 kes diikuti Sabah (532) dan Kuala Lumpur (132).
Ia diikuti Perak (12), Johor (69), Negeri Sembilan (64), Pulau Pinang (34) dan Kedah (22),” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. Beliau turut memaklumkan bahawa dengan enam kematian yang dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 402 kes atau 0.50 peratus.
Sehingga kini, terdapat 123 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 63 kes memerlukan bantuan pernafasan, katanya.

Malay News
National Desk