Alhamdulillah! Kesemua 29 rakyat Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 dilaporkan sudah dibebaskan hari ini.
Menurut laporan Kosmo, perkara itu disahkan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby dalam satu sidang akhbar.
Erdogan hantar tiga pesawat khas Turkish Airlines

Menurut Sani Araby, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menghantar tiga pesawat khas Turkish Airlines ke Lapangan Terbang Ramon, Israel bagi membawa keluar semua aktivis terbabit.
Kesemua 428 peserta GSF 2.0 kini sedang dipindahkan menaiki bas menuju Lapangan Terbang Ramon.
Difahamkan, mereka akan menaiki tiga penerbangan khas Turkish Airlines bernombor TK 6919, TK 6921 dan TK 6925 sebelum tiba di Istanbul malam ini.
Ada aktivis dilapor cedera dipukul

Dalam perkembangan sama, delegasi Malaysia dijangka menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital di Turkiye selepas terdapat laporan beberapa tahanan mengalami kecederaan.
Dilaporkan ada tahanan yang telah dipukul serta mengalami kecederaan yang teruk.
Menurut pihak SNCC, semua delegasi Malaysia dijangka pulang ke tanah air pada 24 Mei menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Sani Araby turut menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri, Wisma Putra dan Kerajaan Turkiye atas usaha diplomatik membawa pulang rakyat Malaysia dengan selamat.
Pssttt! Dalam konflik kemanusiaan, keselamatan nyawa perlu sentiasa menjadi keutamaan. Hargai usaha semua pihak yang membantu membawa pulang rakyat Malaysia dengan selamat.
Kredit: Kosmo
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.
** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.




