LATEST
National

4 maut, 88 cedera nahas kereta api tergelincir di Mesir

4 maut, 88 cedera nahas kereta api tergelincir di Mesir

KAHERAH / ISTANBUL: Empat penumpang maut manakala 88 lagi cedera hari ini selepas beberapa gerabak kereta api penumpang tergelincir dan terbalik di Wilayah Giza di utara Mesir, lapor Anadolu Ajansi memetik Kementerian Kesihatan negara itu.

Kemalangan berkenaan berlaku berhampiran Perkampungan Gerza di Daerah Al-Ayyat, di sepanjang laluan pertanian Kaherah – Aswan.

Kementerian memaklumkan sebanyak 72 ambulans telah dikerahkan ke lokasi kejadian bagi operasi bantuan kecemasan.

Menteri Kesihatan Khaled Abdel Ghaffar mengarahkan semua kemudahan kesihatan di Wilayah Giza dan wilayah jiran, Beni Suef, supaya meningkatkan tahap kesiapsiagaan serta menyediakan rawatan kecemasan kepada mangsa yang cedera.

Kementerian itu turut menyatakan pihaknya sedang memantau rapi keadaan kesemua mangsa yang cedera dan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban.

Sementara itu, Egyptian National Railways memaklumkan kereta api No. 134 yang dalam perjalanan dari Giza ke Fayoum merempuh bahagian belakang kereta api No. 2010 Kaherah – Aswan di antara stesen Kafr Ammar dan Al-Riqqa, menyebabkan beberapa gerabak tergelincir.

– BERNAMA-ANADOLU

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news