6 pendaki sesat di Gunung Angsi

6 pendaki sesat di Gunung Angsi

am@hmetro.com.my

Kuala Pilah: Pihak bomba sedang menjalankan operasi mencari menyelamat (SAR) enam pendaki di Gunung Angsi, Seri Menanti, dekat sini, selepas dikatakan sesat dan tidak turun sehingga jam 7.30 petang tadi.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Negeri Sembilan memaklumkan, mangsa terdiri daripada empat wanita dan dua lelaki.

“Kami menerima panggilan jam 7.31 malam tadi. Maklumat awal daripada pemanggil terdapat enam individu mendaki Gunung Angsi tetapi belum pulang ke rumah seterusnya meminta bantuan pihak bomba.

“Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Menanti bergegas ke lokasi untuk menjalankan operasi dengan berpecah kepada dua kumpulan,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, hasil pemeriksaan awal di lokasi didapati dua kenderaan di kaki Gunung Angsi pihak bomba seterusnya menjalankan kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa.

“Kami difahamkan semua pendaki ini dari Lembah Klang. Individu yang membuat panggilan kepada pihak bomba mengenai kejadian ini adalah ahli keluarga salah seorang daripada mangsa.

“Sehingga jam 11 malam tadi, ops SAR masih dijalankan dan mangsa masih belum ditemui,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top