8 buku mengandungi unsur komunisme dirampas

8 buku mengandungi unsur komunisme dirampas

 

KUALA LUMPUR – Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan naskah buku disyaki mengandungi unsur komunisme dalam pemeriksaan di sebuah premis di Petaling Jaya dekat sini, semalam.

Rampasan dibuat di Gerak Budaya kerana disyaki mengandungi elemen-elemen hasil penerbitan tidak diiingini berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP).

KDN berkata, tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 AMCP 1984 yang membolehkan penguatkuasanya menahan apa-apa hasil penerbitan yang disyaki menyalahi undang-undang untuk tujuan kajian lanjut.

“KDN komited menjalankan tanggungjawab mengawal selia penerbitan di dalam negara khususnya penerbitan yang disyaki mengandungi elemen-elemen yang mengganggu gugat ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, menggemparkan pemikiran orang ramai, berlawanan dengan mana-mana undang-undang, memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara selaras dengan perundangan yang berkuat kuasa

Orang ramai diminta untuk memberikan kerjasama dengan menyalurkan maklumat berkaitan hasil penerbitan tidak diingini dengan menghubungi talian 03-8000 8000/8889 3145, emel [email protected] atau melalui laman web www.moha.gov.my. – MalaysiaGazette