‘Halau’ kenderaan ke tepi, tindakan makcik mudahkan laluan ambulans dipuji

‘Halau’ kenderaan ke tepi, tindakan makcik mudahkan laluan ambulans dipuji

Setiap pengguna jalan raya mempunyai hak yang sama ketika mengendalikan kenderaan. Masing-masing perlulah saling menghormati serta bertolak ansur bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Namun, jika ada kecemasan seperti pergerakan ambulans, pengguna jalan raya yang haruslah memberikan ruang untuknya bergerak supaya tidak berlaku masalah lain.

Hal ini sama seperti perkongsian seorang pemandu ambulans yang memuat naik satu video menunjukan seorang pembonceng motosikal wanita menyuruh pengguna jalan raya ke tepi untuk memberi laluan ambulans yang sedang bergerak cepat.

@asharpwaya

Terima Kasih pada yg memberi laluan… Makcik steady.. #ambulans #ambulancedriver #ambulansmalaysia cc : @w_mora93

♬ Rihanna Umbrella – 𝙎𝙩𝙪𝙣𝙣𝙞𝙣𝙜 𝙈𝙪𝙨𝙞𝙘

Menerusi video yang dimuat naik oleh @asharpwaya mengambil dari akaun TikTok seorang pemandu ambulans dikenali sebagai @w_mora93, dia mengucapkan terima kasih kepada wanita tersebut kerana membantu memudahkan laluan ambulans.

Tindakan wanita pertengahan usia itu dilihat dari sisi positif dan rata-rata daripada pengguna TikTok telah memuji tindakan wanita itu kerana memudahkan urusan orang lain.

 

 

Sumber: TikTok @asharpwaya

 

Scroll to Top