Van de Beek sertai Lampard di Everton

Van de Beek sertai Lampard di Everton

LIVERPOOL: Donny van de Beek menjadi pemain pertama ditandatangani Frank Lampard di Everton selepas pemain tengah Belanda itu melengkapkan perpindahan secara pinjaman dari Manchester United.

Van de Beek melalui 18 bulan yang mencabar di Old Trafford sejak perpindahan bernilai £40 juta (RM225.11 juta) dari Ajax.

Pemain berusia 24 tahun itu bergelut untuk mendapat peluang bermain di bawah kendalian bekas bos United, Ole Gunnar Solskjaer dan pengurus sementara, Ralf Rangnick.

Lampard dilantik sebagai pengurus ketujuh Everton dalam enam tahun semalam menerusi kontrak dua setengah tahun.

Dia diberikan tugas untuk terus mengekalkan skuad Toffees di liga utama.

Kelab itu ketika ini empat mata di atas zon penyingkiran selepas hanya mennag sekali dalam 14 aksi liga.

“Saya melalui perbincangan yang sangat positif bersama jurulatih baharu. Kami ada idea yang sama mengenai bola sepak dan dia banyak mempengaruhi keputusan yang saya buat,” kata Van de Beek.

“Saya bermain berdepannya ketika di Ajax, dan dia di Chelsea, jadi dia tahu saya sebagai pemain. Dia merasakan saya ada kualiti yang boleh membantu pasukan.” – AFP

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top