Semasa di bangku persekolahan, amat jarang sekali untuk kita melihat keakraban yang terjalin di antara seorang guru dengan anak-anak muridnya.
Akan tetapi lain pula yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini.
Baru-baru ini, perkongsian seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai Efunsyaz1 telah mengundang perasaan sebak di kalangan kalangan netizen.
Di dalam video tersebut, dapat dilihat betapa akrabnya hubungan seorang guru ini dengan anak-anak muridnya.
Keakraban seperti ini amat jarang untuk dilihat, terutamanya di kalangan pelajar lelaki.
@efunsyaz1 Terima kasih atas segala kenangan yg tidak dapat dibeli#fyp #spm2021
Perkongsian itu telah mendapat perhatian pengguna aplikasi tersebut di mana ramai yang memuji keakraban guru bersama para pelajarnya dengan mengatakan mereka bertuah kerana mempunyai seorang guru yang masuk air dan boleh dijadikan seperti kawan baik sendiri.
Keakraban yang terjalin antara guru dan pelajar patut dijadikan contoh kepada semua.




Tidak kurang pula yang berpendapat segala memori yang terukir di alam persekolahan merupakan saat paling indah yang tidak mungkin dapat dilupakan terutamanya kenangan bersama guru-guru di sana.
Benarlah kata orang tua-tua, hargailah setiap detik sebagai seorang pelajar kerana sebaik sahaja kita menamatkan zaman persekolahan, kita pasti akan merinduinya.




Meskipun ramai yang memuji tindakan para pelajar tersebut, terdapat juga segelintir netizen berpendapat tindakan tersebut adalah kurang sopan dengan mengatakan ianya seperti tidak menghormati darjat dan status seorang pendidik yang sudah banyak membimbing dan mendidik sepanjang alam persekolahan.



Sumber: TikTok Efunsyaz1
