Nama pelakon wanita, Intan Najuwa Abdul Wahid , 25 rasanya tidak perlu diperkenalkan lagi. Wajahnya kerap kali menghiasi drama-drama bersiri di kaca televisyen dan sering memerankan watak utama.
Dalam kesibukannya di lokasi pengambaran, Intan sama sekali tidak melupakan impiannya yang ingin terus menyambung pelajaran bagi menggenggam pengikhtirafan dalam pendidikan.
Ketika ini, pelakon cantik tersebut sedang melanjutkan pelajaran di peringkat Asasi Undang-Undang di salah sebuah kolej di Singapura.
Jadi, menerusi perkongsian yang dibuat di aplikasi TikTok, Intan telah memuat naik beberapa momen ketika dia gigih belajar dan menyiapkan tugasan yang diberikan tenaga pengajar.
@intannajuwaaa All the sleepless night paid off! Let’s move to the next sem! 🦾 wehu 🎉
Usaha keras yang dilakukan sehingga kurang tidur serta rehat itu membuahkan hasil setelah memperoleh skor A dalam subjek yang diambil.
Sudah tentu keputusan yang diperoleh membuatkan dirinya berasa bangga serta bersyukur kerana semua hasil kerja keras yang dilakukan selama ini terbalas.
“Semua malam tanpa tidur membuahkan hasil. Jom next gerak ke semester seterusnya wehu,” tulisnya.

Sebelum ini, pelakon tersebut pernah berkongsi momen menyiapkan tugasan kuliah sewaktu berada di dalam pesawat menuju ke London, United Kingdom untuk bercuti.
@intannajuwaaa me & my assignment, it’s a never ending 😂 #whutisholidayyyyy
Sehubungan dengan perkongsian yang dibuat oleh aktres kelahiran Johor Bahru itu, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengucapkan tahniah di atas kejayaannya memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan.
Mereka juga mendoakan agar Intan dapat meneruskan pengajiannya dengan lancar dan segala urusan pelakon wanita itu dipermudahkan.




Sumber: TikTok Intan Najuwaa
