Siapa sahaja yang tidak kenal dengan kumpulan Dolla dianggotai oleh empat orang gadis cantik yang mendapat jolokan nama BlackPink Malaysia ini. Setiap kelincahan tarian dan nyanyian mereka pasti menerima pujian di kalangan pengikut.
Pun begitu, baru-baru ini salah seorang ahli kumpulan tersebut telah mengundang kecaman di kalangan warganet apabila menonton video tarian yang dikongsikan di laman TikTok.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Sabronzo, dilihat dia sedang menari bersama ahli kumpulan lain iaitu Tabby, Angel dan Syasya. Akan tetapi, tarian ‘twerk’ yang dilakukan oleh Sabronzo menjadi perhatian ramai.
Ini kerana gaya ‘twerk’ yang dilakukan amatlah keterlaluan dan mengghairahkan dan ditambah pula dengan kapsyen yang ditulis.
“Party with us..”tulisnya.
@sabronzoooo party with us 🤪
Perkongsian video yang berjaya meraih 1.9 juta tontonan itu telah dihujani dengan komen negatif warganet yang rata-ratanya tidak sebulu dengan tarian bagi seseorang wanita beragama Islam.



Selain itu, mereka turut meluahkan kesedihan apabila melihat ahli kumpulan Dolla yang bukan beragama Islam iaitu Tabby dan Angel kerana lebih sopan dalam pemakaian jika hendak dibandingkan dengan Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli.





Meskipun ramai mengecam perbuatan selebriti berusia 27 tahun itu, masih ada warganet mendoakan agar Sabrozno segera bertaubat dan berubah menjadi seseorang yang lebih baik selagi pintu taubat masih terbuka. 


Sumber: TikTok @sabronzoooo




