Baru-baru ini tular sebuah video rawatan alternatif bagi merawat pesakit strok sehingga mendapat perhatian warganet.
Menerusi video yang dimuat naik di platform TikTok, dilihat ramai orang sedang baring atas kerusi malas bagi mendapatkan rawatan di sebuah pusat yang dikenali Kuhen Energy House.
Difahamkan, mereka sedang melakukan rawatan yang dinamakan sebagai terapi lampu di mana ia mampu memulihkan pesakit strok sepantas dua jam rawatan sahaja.
@cikaufa3
Malah, mereka turut berkongsi testimoni daripada pesakit yang mampu pulih dalam tempoh yang singkat dengan hanya mendapatkan rawatan di situ.
@cikaufa3
Pun begitu, perkongsian video terapi lampu untuk pesakit strok mendapat kritikan di kalangan warganet di mana mereka mempersoalkan keberkesanan rawatan berkenaan.





Tidak kurang juga ada yang sempat berseloroh dengan mengaitkan terapi lampu itu dengan RGB gaming.





Walaupun menerima kritikan ramai, masih terdapat segelintir warganet berpendapat tidak salah sekiranya pesakit dan keluarga mereka mencuba rawatan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada ikhtiar.


Sumber: TikTok @cikaufa3
