Anak kepada aktor terkenal, Azhar Sulaiman, iaitu Kasih Iris Leona kerap kali menjadi sorotan netizen lebih-lebih lagi apabila gadis tersebut berkongsi konten ataupun foto terbaru di media sosial.
Mana tidaknya, penampilan Leona dengan warna rambut barunya telah membuatkan ramai menyerbu ruangan komen gadis tersebut.
Seperti biasa, pakaian yang digayakan TikToker terkenal itu dilihat sangat menjolok mata apabila seakan-akan berkemban sahaja sehingga mengundang pelbagai komen netizen.
Walaupun ada sahaja komen yang mengecam dan menyelar tindakan Leona berpenampilan seksi, namun ada diantara warganet yang memuji anak kepada aktor senior tersebut kerana terlihat cantik dengan pakaian singkat tanpa lengan itu.
Akan tetapi masih ramai yang segan melihat penampilan gadis tersebut kerana sangat menjolok mata sehingga ada yang keliru sama ada pakaian orang Melayu adakah seperti ini.
Mereka juga berharap supaya Leona diberi hidayah supaya lebih berhati-hati dalam berpakaian kerana boleh mengundang pelbagai fitnah lebih-lebih lagi di media sosial.
Untuk makluman, Kasih Iris Leona merupakan anak kepada pasangan Azhar Sulaiman dan Chempaka Emilin Pahamin. Gadis berusia 20 tahun itu merupakan anak bongsu dari 3 beradik dan mempunyai abang kembar bernama Andhika Rees Pahamin dan seorang kakak, Kasih Leia Ixora.
Sumber: Instagram kasihirisleona
Â