Netizen dakwa isteri Yonnyboii makin seksi – “Sesuai la tu, didikan suami soleh”

Netizen dakwa isteri Yonnyboii makin seksi – “Sesuai la tu, didikan suami soleh”

Penampilan isteri Yonnyboii, Nik Nazira didakwa semakin seksi selepas mendirikan rumah tangga bersama penyanyi tersebut pada November tahun lalu.

Terbaru, wanita berusia 23 tahun itu memuat naik sebuah video di TikTok membuat trend ‘You Don’t Even Exist to Me’ dengan mengenakan fesyen pakaian serba hitam bersama suaminya.

@niknazira

U DONT EVEN EXIST TO ME

♬ original sound – mitch

Menerusi video berdurasi 13 saat itu, Nik Nazira dilihat berjalan ‘ala-ala’ model diiringi lagu Just Dance nyanyian Lady Gaga versi remix sehingga meraih hampir 700,000 tontonan.

Namun meninjau di ruangan komen, netizen rata-rata mempersoalkan fesyennya yang dikatakan kurang sesuai sekali gus mengecam peranan Yonnyboi sebagai seorang suami.

@niknazira

Heres to all my tall girls 🤙🏻🙊

♬ оригинальный звук – Kendall Jenner

Tidak cukup dengan itu, terdapat juga segelintir individu kurang memahami ‘trend’ yang dilakukan pasangan muda tersebut sehingga berasa geli hati.

Terdahulu, Yonnyboii atau nama sebenarnya Muhammad Haqeem Nuriman Nor Azrin mengakui isterinya tidak lagi bertudung seperti sebelum ini dan tidak pernah memaksa untuk berhijab.

Sumber: TikTok Nik Nazira

Scroll to Top