Uqasha Senrose & Raysha Rizrose bagai ‘sleeping beauty’, tampak penat beraya

Uqasha Senrose & Raysha Rizrose bagai ‘sleeping beauty’, tampak penat beraya

Setiap kali tibanya musim perayaan, ramai tidak ketinggalan meluangkan sebaik mungkin masa yang mereka perolehi bersama ahli keluarga terdekat mahupun jauh termasuk sahabat handai.

Suasana bertambah meriah apabila dapat berkumpul bersama saudara-mara semasa hari perayaan lebih-lebih lagi mereka yang mempuyai keluarga besar seperti adik-beradik selebriti jelita tanah air iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose

Ini dapat dilihat dengan jelas menerusi hantaran dikongsikan oleh saudara terdekat mereka di laman TikTok di mana mereka sekeluarga berkumpul beramai-ramai bagi meraikan Syawal bersama ahli keluarga.

Dalam hantaran tersebut, kesemua mereka memakai baju berwarna maroon termasuk jugalah suami kepada Uqasha Senrose iaitu Kamal Adli yang juga seorang aktor terkenal.

“Random,”tulisnya.

 

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah sekeping gambar yang memaparkan aksi comel kedua-dua beradik iaitu Uqasha Senrose dan Rasyha Rizrose yang sedang enak diulit mimpi setelah penat beraya bersama.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai di mana rata-rata warganet memuji kecantikan semulajadi pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz dan Nik Zaris Uqasha Nik Sen.

Malah, mereka turut menyamakan kecantikan yang dimiliki oleh selebriti dua-beradik itu seperti ‘sleeping beauty’.

Sumber: TikTok @drakiez

Scroll to Top