Bibik2 panjat pagar duri lari rumah, Cik B harap ‘pakwe’ mereka hargai usaha

Bibik2 panjat pagar duri lari rumah, Cik B harap ‘pakwe’ mereka hargai usaha

Anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B memaklumkan yang pembantu rumah di kediaman mereka telah melarikan diri.

Menerusi ciapan Cik B atau nama sebenarnya, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin dia menyatakan bibik-bibik  tersebut telah meninggalkan rumahnya kerana mengikut lelaki yang mungkin teman lelaki mereka.

Ujar Cik B lagi, pembantu rumah tersebut sanggup meninggalkan bilik baru yang diberi majikan dan rumah mewah tempatnya bekerja dengan memanjat dawai berduri dan terjun dari tempat tinggi sebelum lari dengan seorang lelaki.

Tambahnya secara berseloroh, dia berharap agar lelaki tersebut menghargai usaha bibik itu kerana bukan mudah untuk melarikan diri dalam kondisi yang boleh membahayakan nyawa sendiri.

@cikb_havoc

Bibik lari huhu #funny #viral #joke #tiktokmalaysia #fyp

♬ Sweet Sunset – Tollan Kim & dulai

Perkongsian Cik B itu telah mendapat perhatian ramai  dan meninggalkan komen di TikTok remaja tersebut dengan bertanyakan adakah sedang musim bibik lari dari rumah majikan ketika ini.

Mereka juga sempat bergurau dengan meminta kerja kosong di rumah Dato’ Seri Vida memandangkan ada beberapa kekosongan dalam jawatan pembantu rumah.

 

Sumber: Twitter Cik B, TikTok Cik B

Scroll to Top