KUANTAN – Seorang lelaki berusia 25 tahun yang positif dadah nekad memandu kereta sejauh 75 kilometer dari Kuantan hingga Maran, semata-mata untuk mengelak daripada ditangkap polis.
Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata, suspek berjaya diberkas selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) Honda Odyssey dipandunya terbabas berhampiran Felda New Zealand di Maran, kira-kira 69 kilometer dari sini.
Beliau berkata, kejadian bermula sekitar 3.20 petang semalam apabila suspek dikatakan cuba melarikan diri selepas diarahkan berhenti oleh anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan di hadapan sebuah pasar raya di Jalan Tanah Putih di sini.




