MANILA – Sebanyak 8,381 gempa susulan telah direkodkan sejak gegaran kuat luar pesisir berkekuatan 7.8 skala Richter melanda Massim, Sarangani di Mindanao, Filipina pada 8 Jun lalu.
Data dikeluarkan Institut Vulkanologi dan Seismologi Filipina (Phivolcs) pada Jumaat memaklumkan, 2,040 gegaran susulan itu telah dipetakan manakala 90 daripadanya dapat dirasai komuniti setempat.
Menurutnya, ia gempa itu berkekuatan antara 1.2 hingga 6.4 skala Richter.
“Terdapat peningkatan aktiviti seismik secara berkala sejak awal minggu lalu,” ujarnya.
Sebelum ini, Phivolcs memberitahu, gempa susulan yang dicetuskan oleh gempa bumi kuat itu dijangka berterusan selama beberapa minggu atau sehingga sebulan. – Agensi



