LATEST
National

Sindiket seludup manusia aktif ketika musim tengkujuh

Sindiket seludup manusia aktif ketika musim tengkujuh

KOTA BHARU: Polis percaya sindiket penyeludupan manusia yang beroperasi di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand, khususnya di sepanjang Sungai Kelantan, mengambil kesempatan musim Monsun Timur Laut untuk menjalankan kegiatan mereka.

Baca juga: “Suka Bergesel Tanpa Sebab” – Puteri Balqis Dedah Ada Pelakon Lelaki Cuba Ambil Kesempatan

Komander Polis Marin Wilayah Tiga, Asisten Komisioner Mohd Khairuddin Jamal, berkata pihaknya menjangkakan kemungkinan peningkatan aktiviti penyeludupan ketika musim monsun kerana dalam tempoh itu anggotanya perlu memberi tumpuan kepada operasi bantuan dan menyelamat mangsa banjir.

Sehubungan itu, pihaknya merancang membahagikan anggota serta aset bagi melaksanakan tugas berkaitan monsun dan operasi pencegahan jenayah di negeri itu.

“Kita percaya sindiket akan mengambil kesempatan daripada musim Monsun Timur Laut memandangkan Polis Marin akan memberi tumpuan kepada operasi banjir, termasuk memindahkan dan menyelamatkan mangsa.

“Bagaimanapun, kita juga mempunyai pasukan khas untuk menangani jenayah di perairan kita, khususnya di Kelantan. Bukan semua pegawai dan anggota akan terbabit dalam operasi monsun.

“Kita sudah merancang untuk membahagikan tenaga kerja sedia ada antara tugas berkaitan monsun dan usaha mencegah jenayah di perairan kita,” katanya ketika dihubungi.

Mohd Khairuddin berkata, dakwaan pembabitan segelintir penduduk kampung dalam kegiatan sindiket, turut menjadi cabaran yang dihadapi pasukan itu.

Sehubungan itu, pihaknya akan mempergiat usaha mendekati masyarakat yang tinggal di sepanjang tebing sungai dan kawasan pesisir pantai bagi mendapatkan maklumat risikan yang lebih tepat mengenai kegiatan jenayah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

More in National

View all

Latest news